Siapa Kenal Diri MakaDia Akan Kenal Allahﻦﻣﻪﻠﻟﺍ ﻑﺮﻋ ﺪﻘﻓ ﻪﺴﻔﻧ ﻑﺮﻋ

Salah satu cara
mengenal Allah ialah
dengan mengenal diri
sendiri. Maksudnya ialah
hakikat diri yang
sebenarnya. Adapun
maksud diri yang
sebenarnya itu bukanlah
diri yang bersifat
lahiriah, kerana jasad ini
tidak membawa makna
yang sebenar untuk
mengenal Allah SWT.
Pada abad moden ini
ramai dikalangan kita
tidak mengenal dirinya
yang sebenar. Mereka
menganggap bahawa
dirinya hanyalah tubuh
badan yang terdiri
daripada kulit, daging,
tulang, darah dan
sebagainya. Yang
dimaksudkan dengan
sebenarnya ialah diri
yang batin iaitu diri yang
datang dan akan kembali
kepada Allah SWT.
Ulama ilmu ketuhanan
atau ilmu tauhid
berpegang bahawa diri
kita ini merupakan
tangga untuk mengenal
Allah, sesuai dengan dalil
yang mengatakan: “Siapa
yang mengenal dirinya,
sesungguhnya ia akan
mengenal Tuhan-nya”.
Dikalangan ulama tasauf
atau ulama ilmu
ketuhanan selalu
menasihatkan carilah diri
kamu di dalam diri”,
maksudnya ialah
menyuruh agar kita
mencari hakikat diri kita
yang sebenarnya terlebih
dahulu. Apabila kita
telah menemukan diri
kita yang sebenarnya
pasti kita akan mengakui
hakikat adanya Allah
SWT.
Hakikat diri yang
sebenarnya merupakan
roh atau jiwa ataupun
rohani yang ada dalam
diri manusia itu sendiri
yang harus dikenali
setiap manusia. Diri
batiniah ini tidak dapat
dilihat atau diraba oleh
mata lahiriah dan tangan
manusia. Walaupun di
dalam Al Quran “diri” itu
disebut dengan berbagai
istilah, tetapi tujuannya
adalah untuk
mengingatkan kepada
manusia supaya berfikir
bahawa betapa luasnya
“diri” yang hakikat itu di
dalam manusia. Diri
manusia dilengkapi oleh
Allah dengan sifat-sifat
tertentu, kemudian sifat-
sifat tersebut dinilai atau
dihisab samada baik
ataupun buruk.
Firman Allah SWT
maksudnya:
“Dan janganlah kamu
mengikuti apa yang
kamu tidak mempunyai
pengetahuan
tentangnya.
Sesungguhnya
pendengaran,
penglihatan dan hati
semuanya itu akan
diminta
pertnggungjawapannya”.
(Al Isra’ 36)
Allah menjelaskan
kepada kita tentang
istilah jiwa dan sifat yang
terdapat pada jiwa, iaitu
pendengaran,
penglihatan, disamping
roh juga akan diuji
tentang ketakwaannya
kepada Allah. Itulah
sebabnya ketika Allah
berfirman kepada roh-
roh atau jiwa sedia untuk
berbakti dan
melaksanakan perintah
Allah SWT. Untuk
melakukan dan
melaksanakan perintah
tersebut maka
diciptakanlah jasad, lalu
Allah menjadikan Adam.
Roh telah berikrar dan
berjanji kepada Allah,
maka untuk
membuktikan dan
berbuat sesuatu maka
roh memerlukan tempat
iaitu jasad.
Istilah batin disebut juga
dalam Al Quran dengan
qalbi. seandainya qalbi
tersebut diterangi
dengan nur maka
selamatlah seseorang
itu. Maka sekiranya
tiada nur, gelaplah
seseorang itu. Qalbi
mesti mempunyai asas
yang membolehkannya
selamat yang hanya Allah
menentukannya.
Sesungguhnya segala
sesuatu yang ada dalam
diri berupa nafas, akal,
nafsu dan roh bila
menjadi satu maka
dinamakan dengan insan.
Qalbi di dalam Al Quran
diistilah sebagai diri atau
hati. Qalbi sebenarnya
mengetahui apa yang
patut dibuat dan apa
yang patut dilaksanakan
mengikut nilai-nilai diri
itu sendiri. Firman Allah
SWT maksudnya:
“Sesungguhnya
berbahagialah sesiapa
yang membersihkan
jiwanya dan
sesungguhnya merugilah
orang yang
mengotorinya”. (As
Sham, 9 - 10)
Jadi untuk
merealisasikan
pengertian bahawa siapa
yang mengenal dirinya
akan mengenali
Tuhan-nya itu, iaitu
dengan cara memahami
hakikat roh, jiwa atau
qalbi yang sebenarnya.
Sesungguhnya untuk
mencapai ke tahap yang
tinggi memerlukan
pengetahuan dan
keyakinan yang kukuh
terhadap Allah SWT.
Wallhu A’lam.
Kata kunci: kenal allah
Sebelumnya: Ajal
Selanjutnya : Bring Your
Friends Closer to Allâh
(12 Tips for Muslim
Youth )